Friday, 11 May 2012

Unjuran Sudut Ketiga

JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.
Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i.Unjuran sudut pertama
ii.Unjuran sudut ketiga


1.3.2    Unjuran sudut ketiga.
Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lut cahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 1.14 dan 1.15

Rajah 1.14 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Rajah 1.15 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil, seperti dalam rajah 1.16 dan 1.17.

Rajah 4.16 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan


Rajah 4.17 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan atas kertas

Unjuran Sudut Pertama

JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.
Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i.Unjuran sudut pertama
ii.Unjuran sudut ketiga

1.3.1    Unjuran sudut pertama.
Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. Rajah 1.12 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objekyang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 1.12 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 1.13 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.

Rajah 1.13 Kedudukan satah dalam sudut pertama


Unjuran Ortografik

UNJURAN ORTOGRAFIK


1.0     Pengenalan
Lukisan Unjuran ortografik dikenali sebagai lukisan dua dimensi kerana apabila sesuatu objek dilukis dengan kaedah ini, ia akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi objek tersebut. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi memberi gambaran bagaimana lukisan itu dibina.

Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan. Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-

i.              Prinsip unjuran berpusat seperti dalam rajah 1.1
ii.             Prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 1.2



Rajah 1.1 Prinsip unjuran berpusat




Rajah 1.2 Prinsip unjuran selari


1.1       KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK
Unjuran Ortografik mempunyai tiga konsep utama iaitu :

i.     Arah Pandangan
Konsep arah pandangan ialah, apabila setiap pandangan ortografik dihasilkan dengan mengunjurkan setiap garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, contohnya dapat dilihat seperti dalam rajah 1.3.


Rajah 1.3 Pandangan hadapan

Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu apabila satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, maka satu lagi pandangan boleh diunjurkan daripada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas, seperti dalam rajah 1.4.

Rajah 1.4 Pandangan hadapan dan pandangan atas

Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,seperti dalam rajah 1.5.

Rajah 1.5 Pandangan atas, hadapan dan sisi

Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran. Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 1.6.


Rajah 1.6 Pandangan utama ortografik


ii.     Satah Unjuran.
Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 1.7.

Rajah 1.7 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik


iii.      Objek ( benda yang dilukis )
Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 1.8.
Rajah 1.8 Contoh objek


1.2       JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK.

1.2.1     Pelan
Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk – bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah 1.9.




Rajah 1.9 Pandangan arah pelan
  

1.2.2     Hadapan
Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah 1.10. Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian –bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.

Rajah 1.10 Pandangan arah hadapan


1.2.3     Sisi
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah 1.11.

Rajah 1.11 Pandangan arah sisi

Thursday, 5 April 2012

LUKISAN OBLIK

Juga dikenali sebagai unjuran serong.Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

Ciri-ciri oblik
  
      Mempunyai satu sudut kedalaman pada paksi surut (300, 450 atau 600)

OBLIK 300, 450 atau 600








             Dikelaskan kepada TIGA kelas :
       
           1)  Unjuran kavalier
           2)  Unjuran cabinet
           3)  Oblik Am

  •  Unjuran kavalier menggunakan ukuran sebenar
      pada 
    bahagian satah dan unjuran.
  •   Unjuran kabinet menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar.
  •   Oblik Am menggunakan 3/4 daripada ukuran sebenar.

    
   Kelebihan lukisan oblik
  •  Mudah dilukis berbanding isometri.
  •  Menggunakan satu sudut sahaja (300,450,  atau 600).
  •   Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips.


   Kelemahan lukisan oblik
  •  Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan,
      terutamanya objek yang panjang.
  •  Tidak sesuai untuk objek yang panjang seperti rel.
  •  Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek.
  •  Sudut unjuran kecil ,bahagian unjuran menjadi panjang.





LUKISAN ISOMETRI



Dalam pandangan isometri juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi.
Rajah di bawah menunjukkan pandangan isometri dari 3 sudut pandangan.




Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.

Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografikdengan pandangan isometri ialah objek yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas,kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik.


Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar 

Dalam pandangan isometri, objek sebenar dapat dilihat dengan mudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi.

Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar

Wednesday, 4 April 2012

SEJARAH LUKISAN

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi eloklah dahulu kita berkenalan dengan sejarah lukisan bagaimana lukisan yang ada pada hari ini terhasil

Pra-Sejarah
Hasil kajian daripada ahli kaji sejarah, dipercayai lukisan yang pertama wujud di atas muka bumi ini ialah pada akhir zaman Paleolitik iaitu 35 ribu tahun yang lalu sebelum masihi.

Contoh lukisan zaman Paleolitik

Diatas ialah contoh lukisan yang terdapat di dinding-dinding gua pada zaman Paleolitik, dipercayai dilukis untuk menyampaikan kepada orang lain hasil kejayaan memburu binatang.

Kini
Masa berlalu zaman kian berubah, lukisan bukan lagi digunakan untuk menyampaikan kejayaan hasil buruan tetapi lukisan digunakan untuk pelbagai perkara, seperti untuk meluahkan perasaan, pendapat, dan emosi manusia. Selain itu lukisan juga digunakan untuk membuat pelan atau lakaran bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.

Contoh lukisan untuk menyampaikan perasaan

Lukisan untuk pelan rumah.


(Gambar kredit kepada google images)

SALAM MANIS PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayat-Nya dapat jua kami membentuk blog yang diberi nama REKA BENTUK BERKOMPUTER @ REBEKOM. Untuk pengetahuan anda blog ini diuruskan oleh empat (4) orang administrator iaitu Danial, Amier, Fadhil dan Ahnaf. Tujuan blog ini ditubuhkan untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai asas lukisan dalam kejuruteraan. 

Diharap blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada anda.




Selamat menimba ilmu baru di ucapkan kepada semua yang masih baru dalam bidang lukisan kejuruteraan ini :)


p/s : Nasihat kepada para pelawat yang ingin belajar mengenai lukisan kejuruteraan perlulah belajar dari mula hingga akhir.