JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.
Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i.Unjuran sudut pertama
ii.Unjuran sudut ketiga
1.3.2 Unjuran sudut ketiga.
Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lut cahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 1.14 dan 1.15
Rajah 1.14 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga
Rajah 1.15 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga
Rajah 1.15 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga
Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil, seperti dalam rajah 1.16 dan 1.17.
No comments:
Post a Comment